Mazlan Ismail
Mazlan Ismail

Mazlan Ismail


Dr Mazlan adalah seorang tokoh korporat yang telah bersara dari Telekom Malaysia, pernah mengambil bahagian dalam politik Malaysia dan kini dilantik oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjadi penasihat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pengkhususan tugasnya berkenaan dengan “Digital Nation Development’ [1]. Beliau terkenal dengan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 di Permatang Pauh kawasan P44, satu parlimen di dalam negeri Pulau Pinang [2][3] [4]. Pada pilihanraya umum 2013 yang lalu beliau tewas kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim dengan majoriti 11,721 undi. Walaupun kalah, beliau memperoleh peningkatan jumlah undi sebanyak 9,845 (64%) kepada partinya, undi daripada pilihan raya kecil sebelumnya diadakan pada 2008. [5][6]. Kini, dengan pengalaman beliau yang lama di dalam industri telekomunikasi negara khususnya ketika menjawat jawatan Naib Presiden Operasi Rangkaian Nasional (VPNNO) Telekom Malaysia, tugasan utama beliau ialah untuk memberi nasihat dan panduan kepada Suruhanajaya Komunikasi dan Multimedia dalam perancangan dan perlaksanaan matlamat kerajaan ‘Digital Nation Development’ terutama dikawasan-kawasan luar bandar, satu matlamat utama dalam mencapai Wawasan 2020.

Mazlan Ismail

Pekerjaan Ahli Politik, Jurutera
Pasangan Fadhilah Abdullah
Tahun aktif 1986–sekarang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuBarisan Nasional
Terkenal kerana Naib Presiden Telekom Malaysia, penyertaan ke dalam Pilihanraya Umum ke 13 Parlimen Permatang Pauh
Pendidikan Diploma dalam Electronic Communications , Ijazah dalam Operational Telecommunication, PhD dalam Modal Insan dalam Pengaruh kepada Prestasi Telekom Malaysia
Kelahiran Kubang Ulu, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Malaysia
Pusat pendidikan University of Salford
University of Coventry
Universiti Teknologi Malaysia
Kediaman Pulau Pinang, Malaysia

Rujukan

WikiPedia: Mazlan Ismail http://anwaribrahimblog.com/2013/08/04/what-rm50mi... http://anwaribrahimblog.com/2014/02/03/anwar-karpa... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.negarakita.com/Post-806688-Ribuan+rakya... http://www.theborneopost.com/2013/04/17/former-tm-... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Bekasp... http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_...